Seorang maut, tiga cedera di Limbungan Kapal Tentera Laut Pearl Habour

5 Dec 2019 • 9:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MOSCOW - Seorang maut manakala sekurang-kurangnya lima lagi cedera dalam insiden tembakan di Limbungan Kapal Tentera Laut Pearl Harbor di Hawaii.

Menurut agensi berita Rusia Sputnik yang memetik laporan portal Hawaii News, dua mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

"Laporan itu menyebut bahawa terdapat tiga orang awam dalam kalangan mangsa. Situasi itu telah dapat dikawal," katanya.

Insiden tembakan itu berlaku di Dok Kering 2, kata saksi.

Saksi berkata, dia melihat penembak yang memakai seragam kelasi, menembak dirinya sendiri.

Pangkalan Bersama Pearl Harbor-Hickam (JBPHH) menyatakan di Twitter bahawa pasukan keselamatannya telah memberikan respons kepada insiden tembakan yang berlaku di limbungan kapal itu.

Insiden itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang dan akses ke pangkalan tersebut telah ditutup. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved