BPN perlu disegerakan: Pemuda UMNO

30 Mar 2020 • 12:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menerima banyak permintaan supaya Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dapat disegerakan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui kenyataannya di Facebook hari ini berkata, kerajaan tidak perlu menunggu sehingga penghujung April kerana ramai rakyat menghadapi kehidupan sukar apabila tidak dapat keluar bekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menurutnya, maklumat sudah sedia ada terutamanya di bawah kategori B40 seperti yang tersenarai dalam Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Asyraf berkata, pada hakikatnya ramai yang susah apabila tidak dapat keluar bekerja.

“Jangan nanti rakyat mengeluh Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat hanyalah indah khabar dari rupa,” kata lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved