Tulisan khat: Semua negeri termasuk Sabah, Sarawak perlu akur

8 Aug 2019 • 4:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Semua negeri perlu akur dan mengikut penetapan yang telah diputuskan jemaah menteri berhubung penetapan pelaksanaan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah vernakular, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata, ini termasuk Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri berkenaan juga termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Sabah dan Sarawak masih dalam Malaysiakan? Berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, pendidikan adalah isu Persekutuan, jadi apa hal pun pelaksanaannya adalah di peringkat nasional," katanya ringkas pada sidang akhbar di Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Sarawak dan Sabah yang tetap dengan pendirian untuk tidak melaksanakan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah vernakular di negeri itu.

Di Sarawak, Jabatan Peguam negeri sedang dirujuk selepas Timbalan Ketua Menteri, James Masing memberi cadangan kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Michael Manyin supaya mencadangkan kepada Kabinet negeri untuk menolak pembelajaran khat di sekolah negeri Sarawak.

Sementara Sabah menyatakan bahawa mereka masih kurang tumpuan diberikan kepada keperluan yang lebih mendesak di sekolah-sekolah luar bandar.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pengenalan tulisan khat di SJKC, SJKT diteruskan


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved