Huawei Akan Menggunakan Teknologi TomTom Pada Aplikasi Pemetaan Rasmi

TechnologyDigital
19 Jan 2020 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak dihalang dari melakukan perdagangan dengan syarikat yang berpangkalan di A.S, Huawei telah menggandakan usaha untuk menjadi lebih berdikari. Seperti kami laporkan bulan lalu, Huawei kini sedang membangunkan perisian tersendiri sebagai alternatif kepada Gapps termasuk pemetaan dan navigasi alternatif untuk Google Maps, alternatif untuk pemesejan, pembayaran dan sebagainya.

image is not available
Mereka kini secara rasmi akan menggunakan teknologi milik TomTom di dalam sistem pemetaan peranti mereka. Selain maklumat pemetaan, Huawei akan turut menggunakan sistem maklumat trafik, navigasi bagi membangunkan perisian navigasi mereka sendiri. TomTom ialah syarikat yang berpangkalan di Belanda yang membolehkan urusan dengan Huawei dilakukan tanpa sebarang halangan.

Menurut jurucakap TomTom, perjanjian telah dipersetujui sebelum ini tetapi hanya kini didedahkan kepada umum. Tiada maklumat mengenai bayaran yang diterima oleh TomTom dari Huawei untuk pelesenan teknologi pemetaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved