Runtuhan bangunan: Dua mangsa dipercayai masih hilang

23 May 2019 • 1:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Dua warga Indonesia dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan di tapak pembinaan Terminal Bas Bersepadu Gombak dalam kejadian 1 pagi tadi.

Menurut sumber, sehingga kini mereka gagal dihubungi oleh penyelia tapak projek selepas kejadian runtuhan.

"Sehingga jam 12.40 tengah hari usaha mengesan mereka masih gagal," katanya.

Sinar Harian difahamkan, kali terakhir rakan mereka bertemu dengan pasangan itu sekitar jam 11.30 malam sebelum insiden berlaku.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian sekitar jam 12.20 tengah hari tadi mendapati, Unit Anjing Pengesan Bomba K9 sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Terdahulu, tangan kiri salah seorang mangsa insiden runtuhan itu terpaksa dipotong bagi membolehkannya operasi menyelamat dilakukan.

Ini berikutan mangsa berada pada kedudukan sempit di celah runtuhan.

Seorang lagi mangsa warga Bangladesh dapat dibawa keluar oleh anggota bomba sekitar jam 7.05 pagi tadi selepas hampir enam jam dihempap struktur besar konkrit yang runtuh.

Dua mangsa warga Indonesia pula diselamatkan oleh pekerja lain yang turut berada di lokasi ketika kejadian dan punca runtuhan masih dalam siasatan. Runtuhan berlaku sekitar jam 1 pagi tadi.

ATIKEL BERKAITAN:Bangunan dalam pembinaan runtuh: Dua cedera, seorang terperangkap


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved