Google Chrome 76 Hadir Dengan Kemaskini Pada Ciri “Inkognito”

TechnologyDigital
31 Jul 2019 • 8:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini telah pun memperkenalkan kemaskini pada pelayar web Chrome mereka, iaitu Chrome 76, sekaligus menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.

Salah satu perkara yang menjadi fokus utama pada kemaskini kali ini adalah kemaskini pada ciri “Inkognito”, sekaligus membuatkan tiada pihak yang boleh mengenal-pasti sama ada anda menggunakan ciri berkenaan atau sebaliknya. Sebelum ini, terdapat beberapa laman yang mengenal-pasti perkara berkenaan, sekaligus menghalang paparan kandungan kepada pengguna – terutamanya laman-laman berbentuk langganan untuk membacanya.

Melalui kemaskini baru ini, Google membuang kebolehan untuk mengenal-pasti penggunaan “Inkognito”, sekaligus lebih menghormati privasi pengguna.

Pada masa yang sama, Chrome 76 turut mematikan sokongan Flash, tetapi masih boleh diaktifkan melalui laman tetapan pelayar web berkenaan.

Untuk para pembangun pula, Chrome kini turut memudahkan penyertaan mod malam, sekaligus membolehkan sesuatu laman bertukar secara automatik berdasarkan kepada tetapan komputer atau peranti pengguna.

Bagi anda yang menggunakan Chrome, boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru yang disertakan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved