WhatsApp Memperlihatkan Pengurangan Penghantaran Mesej “Viral” Sebanyak 70 Peratus Selepas Peraturan Baru Diperkenalkan

TechnologyDigital
27 Apr 2020 • 4:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal bulan ini, WhatsApp telah mengetatkan peraturan menghantar mesej “viral” dimana pengguna hanya dibenarkan menghantar mesej kepada satu pengguna sahaja setiap masa untuk membendung gejala maklumat dan berita palsu.

Langkah tersebut nampaknya berjaya kerana WhatsApp telah melaporkan bahawa melaporkan bahawa penghantaran mesej viral ini telah berkurang sebanyak 70 peratus sejak ia diperkenalkan. Bagi WhatsApp, apa-apa mesej yang dihantar kepada pengguna-pengguna lain sebanyak lima kali dikira sebagai sebuah mesej yang viral.

WhatsApp is committed to doing our part to tackle viral messages. We recently introduced a limit to sharing “highly forwarded messages” to just one chat. Since putting into place this new limit, globally there has been a 70% reduction in the number of highly forwarded messages sent on WhatsApp. This change is helping keep WhatsApp a place for personal and private conversations.

Sayangnya, tiada butiran lanjut yang diberikan mengenai bilangan mesej viral yang berkurangan ini, oleh kerana data yang dihantar melalui WhatsApp disulitkan dari hujung ke hujung, dan mereka hanya mengira kekurangan dari segi kekerapan mesej-mesej ini dihantar kepada ramai pengguna sekaligus.