Google Play Pass Diperkenalkan – Perkhidmatan Langganan Bulanan Untuk Aplikasi Dan Permainan

TechnologyDigital
24 Sep 2019 • 7:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini telah pun memperkenalkan perkhidmatan terbaru mereka, dinamakan sebagai Google Play Pass. Melaluinya, ia merupakan sebuah perkhidmatan langganan bulanan, yang memberikan pengguna akses penuh kepada aplikasi dan permainan – sekaligus menjadikannya bebas daripada paparan iklan dan juga pembelian dalam-aplikasi.

image is not available

Berbeza dengan Apple Arcade yang memfokuskan kepada permainan yang dibangunkan khusus untuknya, melalui Google Play Pass, ia turut menyokong pelbagai aplikasi popular sedia ada – selain aplikasi-aplikasi baru.

Google mengatakan sebanyak 350 aplikasi dan permainan telah mula ditawarkan, dan ia akan terus ditambah dengan penawaran baru setiap bulan.

Buat masa ini, Google Play Pass hanya ditawarkan untuk peranti Android di Amerika Syarikat sahaja, dan dikenakan caj bulanan sebanyak $4.99 sebulan.

View Original Article