Penyatuan Pas-UMNO untungkan PH: Mat Sabu

PoliticsBusiness & Finance
13 Jul 2019 • 6:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JELI - Amanah menyifatkan penyatuan antara Pas dan UMNO menguntungkan Pakatan Harapan (PH) apabila ramai dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi yang dipercayai kecewa dengan kerjasama berkenaan beralih arah.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, kekecewaan tersebut menyebabkan ahli dua parti itu berhijrah dengan menyertai PH termasuk Amanah.

"Begitu ramai yang sedang berhijrah ketika ini, di Jeli pun sudah ada 24 cawangan dan semua itu majoritinya ahli Pas dulu.

"Amanah kini sudah ada 120,000 keahlian, kita baru tiga tahun. Menjelang hujung tahun ini kita sasarkan boleh capai 200,000 ahli dan menjelang PRU15 kita boleh sampai ke setengah juta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Amanah Jeli Kali Ke-3 yang turut dihadiri Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Pengerusi Amanah Jeli, Sulaiman Daud di sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, Selangor masih lagi negeri paling ramai mencatat jumlah keahlian tertinggi diikuti Kedah dan Johor.

"Kita yakin kepimpinan yang ada di Jeli ditambah pula dengan kehadiran dan ketokohan Tok Pa (Mustapa) mampu menarik perhatian orang Melayu untuk sertai PH.

"Keahlian di Kelantan meningkat selepas PRU14 lalu dan sehingga kini mencecah kira- kira 2,000 ahli," katanya.

Menurutnya, gabungan kedua-dua parti itu disifatkan hanya sementara berikutan ramai dalam kalangan ahli Pas terdahulu sukar menerima kerjasama itu kerana serangan terhadap UMNO yang begitu kuat sebelum ini.

"Penyatuan Pas dan UMNO ini, kalau dalam kalangan ahli Pas yang agak lama, mereka susah nak terima sebab serangan kepada UMNO begitu tajam dahulunya, gabungan itu begini sukar untuk diterima," katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved