Kelengkapan 5G yang dikeluarkan oleh Huawei sedang diuji di Malaysia dan beberapa negara lain. Namun begitu di negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah, penggunaan peralatan komunikasi 5G telah diharamkan kerana Huawei dituduh melakukan intipan bagi pihak kerajaan China. Menurut laporan The Economist, Huawei mungkin menjual perniagaan 5G mereka bagi menghilangkan stigma menggunakan kelengkapan mereka.

Tindakan penjualan aset 5G ini mungkin dilihat sebagai langkah yang agak mengejutkan tetapi terpaksa dilakukan bagi memastikan kelangsungan masa depan syarikat. Tuduhan mengintip menyebabkan mereka disekat dari pasaran Amerika Syarikat dan kini masa depan penggunaan Android juga samar-samar kerana sekadar menerima lesen sementara.
