Suriani mula tugas sebagai Ketua Setiausaha KKMM baharu

1 Jul 2019 • 10:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Datuk Suriani Ahmad memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Suriani, 50, sebelum ini merupakan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada November 2017.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Strategi dan Diplomasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sepanjang perkhidmatan, Suriani juga pernah menjawat jawatan penting di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pertahanan. Terdahulu, Suriani tiba kira-kira pukul 8.30 pagi mengetip kad perakam waktu di lobi KKMM di sini.

Beliau selepas itu mengadakan taklimat bersama ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian.

Suriani dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo di Angkasapuri, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.20 pagi. -Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved