Pulau Pinang sahkan Afif letak jawatan Exco

Politics
4 Mar 2020 • 1:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang mengesahkan Dr Afif Bahardin meletak jawatan sebagai Exco Kesihatan berkuat kuasa pada hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Afif menyerahkan surat peletakan jawatan kepada beliau sebelum mesyuarat Exco kerajaan negeri pada jam 8.15 pagi tadi.

Menurutnya, Afif hanya meletak jawatan sebagai Exco Kesihatan yang mana beliau masih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berikutan Afif masih ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

image is not available
Surat peletakan jawatan Afif.

"Pagi ini, Exco Afif telah mengadakan pertemuan dengan saya sebelum mesyuarat Exco. Beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan berkuat kuasa 4 Mac 2020.

"Saya membentangkan surat itu dalam mesyuarat Exco dan ia diterima," katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Menteri, Kompleks Tunku Abdul Razak (KOMTAR) di sini tadi.

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved