Kerangka iPhone 11 Tertiris Dengan Tempat Simpanan Apple Pencil Yang Lebih Pendek

TechnologyDigital
22 Aug 2019 • 3:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ura-ura iPhone akan akhirnya mempunyai sokongan stylus seperti Galaxy Note mula kami dengari tiga tahun yang lalu. Beberapa paten yang difailkan Apple juga telahpun tertiris. Tetapi hari ini kerangka untuk iPhone 11 yang dihasilkan oleh Olixar telah tertiris menunjukkan tempat simpanan khas untuk Apple Pencil yang lebih pendek

image is not available
Ini mungkin petanda paling awal iPhone  11 dengan sokongan stylus setanding dengan yang ditemui pada iPad Pro akan akhirnya menjadi realiti. Olixar mempunyai reputasi yang baik kerana sebelum ini kerangka yang tertiris awal mengesahkan rekaan beberapa peranti yang belum dilancarkan. Persoalannya ialah jika benar iPhone akhirnya menyokong stylus, apakah perasaan Steve Jobs sekiranya beliau masih hidup?