PDT sumbang RM390,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor

6 Apr 2020 • 4:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ISKANDAR PUTERI - Permodalan Darul Ta鈥檢im (PDT) menyalurkan sumbangan RM390,000 kepada Tabung Bencana Negeri Johor bagi membantu menangani krisis kesihatan ketika ini akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Cek sumbangan disampaikan Ketua Eksekutif PDT, Lukman Abu Bakar kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad di pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Menurut Lukman Abu Bakar, sumbangan itu merupakan satu inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.

"Penularan wabak Covid-19 telah memberi impak yang sangat besar kepada sosioekonomi rakyat termasuk di negeri Johor.

"Selaku anak syarikat kerajaan Johor, PDT mengambil inisiatif untuk bersama-sama membantu menangani krisis akibat wabak ini, malah ia juga selari dengan salah satu nilai teras PDT iaitu rakyat adalah menjadi keutamaan kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sumbangan tersebut juga diharap dapat meringankan beban golongan yang terjejas terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua pelaksanaannya.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved