Sony Xperia 1 II Dan XPeria Pro Diumumkan – Telefon Pintar Profesional Dengan Port HDMI Terbina

TechnologyDigital
24 Feb 2020 • 4:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua peranti bahari kelas mercu premium telah diumumkan oleh Sony sebentar tadi. Sony Xperia 1 II dan Xperia Pro adalah dua peranti yang bukan sahaja mempunyai spesifikasi yang tingi tetapi dengan kemasan yang premium.

image is not available
Sony Xperia 1 II dilengkapi skrin 6.5 OLED 4K HDR, dijana cip Snapdagon 865, memori sebesar 8GB RAM, storan 256 GB, kamera utama  12+12+12+3D TOF, kamera hadapan 8MP dan bateri sebesar 4000 mAh. Kamera utama menggunakan lensa Zeiss dengan kepakaran yang dipelajari dalam menghasilkan kamera Sony Alpha. Pengumuman ini adalah tidak dijangka kerana selama ini lensa Zeiss lebih sinonim dengan telefon pintar keluaran Nokia.

image is not availablePeranti menyokong rangkaian selular 5G Sub 6, pengecasan secara nirwayar Qi dan mempunyai tahap ketahanan kalis air IP 68. Skrin memanjang 21:9 dikekalkan pad peranti pengganti Xperia 1 ini. Pilihan warna pula adalah hitam, putih dan ungu.

image is not availableKemampuan audio juga menarik kerana penggunaan sistem audio stereo pada bahagian hadapan dan juga bicu audio 3.5mm. Tidak seperti pengeluar lain Sony mengembalikan semua bicu audio pada peranti mercu mereka tahun ini. Sistem imbasan cap jari nampaknya masih lagi terletak pada bahagian sisi tetapi terbina pada butang kuasa.

image is not availableTurut diumumkan ialah Sony Xperia Pro yang merupakan sebuah Xperia 1 II yang direka khusus untuk pengguna videografi profesional. Peranti ini unik kerana mempunyai port micro HDMI terbina pada bahagian bawah. Pada waktu ini peranti masih di dalam pembangunan dan berkongsi spesifikasi yang sama seperti Xperia 1 II, Perbezaan yang dapat dilihat ialah kerangka yang lebih tebal digunakan pada Xperia Pro.

Sony Xperia 1 II akan mula dijual pada musim bunga ini tetapi harga masih belum diumumkan pada waktu ini.