Sebagai subjenama Huawei, Honor mengukir nama sebagai pengeluar peranti mampu milik dengan kemampuan permua yang baik. Sejak akhir-akhir ini mereka mula mengeluarkan komputer riba Windows pula. Evolusi seterusnya bagi Honor nampaknya ialah menghasilkan papan kekunci mekanikal untuk peminat permainan video.

Dua versi akan ditawarkan satu dengan kekunci berwarna cerun biru ke ungu dan satu lagi dalam warna biru, hitam, ungu serta putih. Tiada maklumat mengenai harga dan tarikh jualan diumumkan pada waktu ini.
