Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Skrin Boleh Lipat Xperia F

30 May 2019 • 9:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony mungkin tidak lagi melihat Malaysia sebagai pasaran utama telefon pintar mereka tetapi mereka masih bertekad kekal menghasilkan peranti pintar. Terdapat laporan bahawa seperti Samsung dan Huawei, Sony sedang membangunkan sebuah peranti dengan skrin boleh lipat yang menggunakan nama Xperia F.

image is not available
Peranti dipercayai mempunyai skrin OLED boleh lipat dengan nisbah 21:9 yang dikeluarkan oleh Samsung. Dengan Galaxy Fold ditangguhkan kerana masalah skrin dan Mate X mungkin tidak dilancarkan kerana masalah sekatan penggunaan Android, mungkin Xperia F mempunyai peluang menjadi peranti skrin boleh lipat yang berjaya di pasaran. Buat masa sekarang kita hanya boleh menanti kerana Sony biasanya melancarkan peranti mercu mereka di IFA pada bulan Ogos.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved