Trump 'sindir' Greenland

21 Aug 2019 • 7:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump cuba berjenaka tentang ideanya untuk membeli Greenland dari Denmark.

Menerusi Twitter, jutawan hartanah terbabit berkongsi gambar Trump Tower dibina di kawasan perkampungan kecil di wilayah Artik terbabit.

"Saya janji tidak akan lakukan ini pada Greenland!" katanya dalam nada berbaur sindiran.

Ahad lalu, Trump turut mengakui bahawa beliau berminat secara strategik dengan perjanjian seumpama itu, namun ia bukan keutamaan di bawah pentadbirannya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen menegaskan Greenland bukan untuk dijual dan idea Trump itu adalah tidak masuk akal.

Menurut Frederiksen, beliau berharap rancangan itu bukan satu perkara yang dimaksudkan secara serius. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved