Almarhum Sultan Ahmad Shah Ketua Perlembagaan UIAM pertama

22 May 2019 • 5:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah adalah Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang pertama sejak penubuhan universiti itu pada 1983.

Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata Almarhum Sultan Ahmad Shah adalah tonggak utama UIAM dan kemangkatan baginda adalah kehilangan yang besar untuk warga institusi itu.

"Seluruh warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia amat berdukacita dan sedih berkenaan dengan berita kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mewakili warga UIAM menzahirkan sembah takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang.

Almarhum Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 8.50 pagi tadi.

Almarhum Sultan Ahmad Shah, 88, adalah Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.- Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved