Pengurus lawatan cedera dihempap pokok tumbang

30 Jan 2020 • 1:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera manakala sebuah bas pelancong mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang di Muzium Polis Diraja Malaysia Jalan Perdana Bukit Aman di sini pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melibatkan insiden pokok tumbang yang menghempap mangsa dan sebuah bas pelancong.

Menurutnya, mangsa yang berusia 21 tahu bekerja sebagai pengurus lawatan dikatakan berada berhampiran bas pelancong itu sewaktu kejadian.

image is not available
Keadaan bas rosak selepas dihempap pokok tumbang. Foto: APM

"Mangsa baru turun dari bas dan berada berhampiran kenderaan berkenaan sewaktu pokok tumbang menghempap bahagian hadapan bas dan mangsa.

"Mangsa menerima rawatan di zon merah Hospital Kuala Lumpur selepas cedera di kepala, tulang rusuk dan kaki kanan, " katanya.

Katanya, kerja mengalih pokok tumbang terus dilakukan selepas operasi menyelamat mangsa selesai.


View Original Article