Video intim: Rakyat mahu tahu dua perkara, kata Anwar

16 Jul 2019 • 12:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - PKR menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan terhadap bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, berhubung penghasilan dan penyebaran video intim yang didakwa membabitkan dirinya dan seorang menteri kanan.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, dalam isu ini ada dua perkara yang mahu diketahui oleh rakyat.

"Siasatan harus serah pada polis tetapi ada dua fasa, satu apakah sahih video itu dan satu lagi siapa yang sebarkan, jadi rakyat mahu tahu kedua-duanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan beberapa individu, dalang video intim dikenal pasti

Video intim: Haziq, lima individu direman enam hari

"Dan Haziq direman, itu proses polis tapi banyak orang persoal kenapa sebahagian... itu biar polis jawab," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Haziq bersama lima individu ditahan dalam serbuan besar-besaran di sekitar Lembah Klang pada Ahad malam.

Penahanan reman itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Katanya, semua individu terbabit direman sehingga Sabtu ini mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.

Difahamkan, kesemua individu terbabit termasuk Haziq dibawa ke Mahkamah Jalan Duta pagi semalam untuk mendapatkan perintah reman.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved