Biji benih bayam, baja organik dirampas di KLIA2

25 Dec 2019 • 10:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEPANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 30 kilogram (kg) biji benih bayam dan 10 kg baja organik di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) petang semalam.

Maqis dalam kenyataan hari ini berkata, hasil pemeriksaan jam 4 petang semalam mendapati biji benih bayam dan baja organik itu dibawa masuk oleh seorang lelaki dari India untuk ditanam dan digunakan di negara ini.

"Kesemua barang pertanian yang dibawa itu tidak mempunyai dokumen yang sah seperti Import Permit dan Sijil Fitosanitasi," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta yang sama dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

"Pihak Maqis akan sentiasa bersedia dalam melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian yang masuk ke Malaysia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia," katanya. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved