KWSP henti perkhidmatan kaunter buat sementara

26 Mar 2020 • 7:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghentikan interaksi bersemuka termasuk perkhidmatan kaunter dan sebarang pengeluaran kali pertama susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan hari ini KWSP berkata, pihaknya menggalakkan semua ahli dan majikan memberikan maklum balas positif kepada gesaan kerajaan terhadap amalan jarakan sosial aktif.

”Kita melaksanakan inisiatif ini bagi membantu menghalang penularan jangkitan Covid-19 dan menghindari orang ramai dari ancaman berbahaya.

“Semua ahli dan majikan digalakkan untuk duduk di rumah semasa tempoh PKP ini, kita semua terlibat dengannya dan kita akan berjaya mengharunginya bersama dan muncul sebagai sebuah negara Malaysia yang lebih teguh,” menurutnya.

Bagi sebarang pertanyaan umum, orang ramai boleh menghantar emel ke alamat https://uqr.to/kwsp/enquiry manakala bagi sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Lestari, orang ramai boleh menghantar e-mel ke alamat [email protected] dan penghantaran bagi mengekalkan 11 peratus sumbangan pekerja boleh dibuat ke alamat e-mel [email protected] - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved