Kem Menjadi Personaliti YouTube Mula Ditawarkan Untuk Kanak-Kanak Di Amerika Syarikat

24 May 2019 • 9:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semasa kami membesar di dekad 90an dahulu, kami kerap dihantar ke Kem Musim Panas untuk belajar hidup berdikari. Di kem-kem ini kami belajar memasang khemah, menghidupkan api, menggunakan kompas dan menjadi lebih berdikari. Sesuai dengan peredaran zaman, kem-kem musim panas kini menawarkan program melatih kanak-kanak menjadi personaliti YouTube yang berjaya.

image is not available

Antara kem yang wujud di Amerika Syarikat ialah Digital Media Academy dan YouTube Star Creator Studio yang mengenakan bayaran $1000 seminggu. Mereka mengajar cara menghasilkan video untuk YouTube, video pendek untuk platform seperti TikTok, bagaimana untuk menjadi tular, bagaimana menghasilkan ulasan produk dan teknik menstrim permainan video.

Kem-kema ini dibuka kepada kanak-kanak berusia sembilan tahun. Ibu-bapa mula menyedari menjadi personaliti YouTube adalah kerjaya yang boleh mendatangkan keuntungan dan latihan dari awal akan memberikan anak-anak mereka kelebihan untuk berjaya.

Ini tidak mengejutkan kerana YouTuber terkaya tahun lalu ialah Ryan Toys Review yang menjana pendapatan RM92 juta dengan hanya mengulas alat permainan walaupun baru berusia tujuh tahun.