Laluan keluar masuk ke Wuhan dibuka semula mulai 8 April

24 Mar 2020 • 4:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BEIJING - Kerajaan China akan membuka semula laluan keluar dan masuk ke Wuhan mulai 8 April, yang sebelum ini dikenakan sekatan susulan bandar itu menjadi pusat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan pusat pencegahan dan membanteras Covid-19 Wuhan hari ini, bermula tengah malam 8 April, langkah kawalan dan pengurusan perjalanan dari Wuhan akan ditarik balik. Laluan keluar masuk akan dibuka semula secara berperingkat.

Wuhan terpisah dari dunia luar sejak 23 Januari ekoran penularan wabak yang telah meragut ribuan nyawa itu.

Agensi berita Sputnik melaporkan, sekatan itu menyaksikan perkhidmatan pengangkutan dalam bandar digantung dan lapangan terbang serta stesen kereta api ditutup. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved