Hosni Mubarak meninggal dunia

25 Feb 2020 • 8:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak meninggal dunia di hospital tentera di Galaa, Mesir pada usia 91 tahun.

Berita itu disahkan adik iparnya, Jeneral Mounir Thabet hari ini.

Portal berita BBC melaporkan Mubarak menjalani satu pembedahan pada Januari sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Mubarak memerintah Mesir selama 30 tahun dari 1981 sehingga beliau digulingkan dalam bantahan besar-besaran pada 2011 ketika Arab Spring.

Dua bulan selepas meletak jawatan, beliau ditahan dan dibebaskan pada 2017 selepas Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada tuduhan terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan pada 2011. - Agensi


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved