Zahid yakin Selangor akan jatuh ke tangan pembangkang

PoliticsBusiness & Finance
24 Nov 2019 • 12:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Selangor akan menjadi milik pembangkang melalui gabungan Muafakat Nasional sekiranya permuafakatan di antara UMNO-Pas diutuhkan dari semasa ke semasa.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai masalah yang ditimbulkan Kerajaan Negeri Selangor mengakibatkan rakyat di negeri ini marah.

image is not available
Ahmad Zahid ketika berucap pada ceramah sempena Pelancaran Muafakat Nasional peringkat negeri Selangor di Jalan Kebun hari ini.

"Selangor ini banyak masalah yang dilakukan kerajaan negeri sendiri, dengan janji tak tertunai, pelbagai pandangan yang tidak munasabah.

"Maka kebencian rakyat di Selangor ini diterjemahkan dan Insya-ALLAH, dan kita kekalkan penyatuan dan perpaduan kita bersama," katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Pelancaran Muafakat Nasional peringkat negeri Selangor di Jalan Kebun hari ini.

Katanya, apa yang penting adalah paling penting kekalkan persefahaman yang dicapai.

image is not available
Ribuan masyarakat hadir pada Pelancaran Muafakat Nasional peringkat negeri Selangor di Jalan Kebun hari ini.

"Jangan sesekali berebutkan sebarang habuan politik sebelum berperang, kekalkan niat dan keutamaan dalam perjuangan.

"Masa sama kita dekati anak muda kerana anak muda ketika ini sudah kembali kepada kita dan paling penting letakkan sepenuh pengharapan kepada ALLAH," katanya.

Terdahulu, ribuan masyarakat hadir pada Pelancaran Muafakat Nasional peringkat negeri Selangor di Jalan Kebun hari ini.

Turut hadir Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadir sama pimpinan UMNO dan Pas peringkat negeri Selangor.