Huawei Mate 30 Akan Dilancarkan PAda 19 September

TechnologyDigital
1 Sep 2019 • 5:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei hari ini mengesahkan peranti Huaewei Mate 30 akan dilancarkan pada 19 September di acara yang akan berlangsung di Berlin. Dari imej acah yang dikongsi menerusi akaun media rasmi, ia mengesahkan penggunaan rekaan kamera di dalam bonjol kamera berbentuk bulat.

Selain mengesahkan rekaan kamera berbentuk bulat, ia seakan memberikan petanda kemampuan kamera baharu turut bakal diperkenalkan. Acara pelancaran Mate 30 ini akan berlaku seminggu selepas IFA dimana cip Kirin 990 turut akan dilancarkan. Satu perkara yang menjadi misteri ialah sistem operasi yang akan digunakan. Adakah Mate akan menjadi peranti pertama dengan Harmony OS? Persoalan akan terjawab dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

View Original Article