Skor DXOMark OnePlus 7 Pro Dikemaskini Ke 114, Berada Di Tangga Kelima Teratas

TechnologyDigital
17 Oct 2019 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semasa OnePlus 7 Pro dilancarkan, ia mempunyai skor DXOMark kedua tertinggi antara telefon pintar. Skor yang diterima ketika itu adalah 111, ia berada dibelakang Huawei P30 Pro dan Samsung Galaxy S10 5G yang kedua-duanya menerima skor 112. Pada bulan September lepas, DXOMarl mengemaskini cara ujian dilakukan. Mereka kini memasukkan kualiti sudut ultra lebar dan mod malam.

image is not available

Oleh yang demikian, baru-baru ini skor OnePlus 7 Pro telah dikemaskini kepada 114. Ia berada di tangga kelima teratas dan menewaskan Samsung Galaxy S10+. Skor foto bagi ujian baru adalah 122 dan video pula adalah 98. Secara keseluruhan tidak dinafikan yang kamera OnePlus 7 Pro agak hebat dan menakjubkan.