
Untuk kamera swafoto, ia menerima skor sebanyak 93 – yang mana masih sedikit dibelakang Galaxy Note 10+ 5G dan juga Galaxy S10+ sebelum ini.
Melalui ujian DXO, mereka mengatakan Huawei Mate 30 Pro menawarkan kejituan gambar pada pelbagai keadaan ujian berbeza, kawalan kesan hingar yang baik, rakaman gambar zum yang baik. Untuk rakaman video pula, ia dilihat menawarkan kesan exposure baik, selain penstabilan yang efektif.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei Mate 30 Pro akan dipasarkan di Malaysia secara rasminya.

