Satu aplikasi yang kami yakin ramai tidak tahu akan kewujudannya sebulan lalu adalah Zoom. Kini kerana perintah kawalan pergerakan menjadikan ia aplikasi yang paling kerap digunakan untuk tujuan mesyuarat dan pembelajaran atas talian. Zoom versi 5.0 telah dikeluarkan dengan beberapa ciri yang mengetatkan lagi tahap keselamatan pengguna.

Bilik menunggu maya juga diaktifkan secara lalai kepada semua pengguna. Mereka hanya boleh memasuki perbualan apabila dibenarkan oleh pentadbir bilik mesyuarat.
Pengguna akaun perniagaan turut diberikan pilihan ke mana isyarat akan diarahkan bagi tujuan keselamatan. Antara isu yang muncul ialah isyarat video diarahkan ke China sebelum ini.
