Samsung Galaxy Z Flip Edisi Joker Dan Harley Quinn Ditawarkan Pada Harga Mencecah RM20,000

TechnologyDigital
10 Feb 2020 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy  Z Flip hanya akan dilancarkan secara rasmi pada awal pagi Rabu ini. Tetapi firma Caviar yang terkenal dengan pengeluaran peranti mewah edisi khas telahpun mula menjual Galaxy Z Flip edisi Joker dan Harley Quinn.

image is not available
Peranti ini akan mempunyai kerangka yang diperbuat daripada emas lengkap dengan lukisan watak komik popular Joker dan Harley Quinn. Hanya 53 peranti boleh-lipat edisi khas ini akan dihasilkan. Bagi yang berminat pra-tempahan telah dibuka dengan harga jualan pula  ialah $5180 (~RM21,474) sebuah. Ini adalah hampir empat kali ganda lebih tinggi berbanding anggaran harga jualan Galaxy Z Flip.