Polis nafi tabligh cuba masuk ke Tawau secara haram

24 Mar 2020 • 2:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan terdapat sekumpulan jemaah tabligh yang cuba memasuki ke Tawau, Sabah secara haram.

Sebaliknya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Huzir Mohamed berkata, individu itu adalah daripada kalangan jemaah tabligh dari Malaysia yang menyertai perhimpunan di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini.

"Kita bertindak menunggu mereka di Tawau dan telah diiring untuk menjalani saringan koronavirus (Covid-19).

"Tiada apa-apa kesalahan dilakukan mereka," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Perhimpunan tabligh di Indonesia dibatalkan

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, turut mengesahkan maklumat bahawa 11 jemaah tabligh dari Malaysia yang menyertai perhimpunan di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini ditahan Polis Marin Tawau di Sabah, pada Sabtu.

Katanya, mereka sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan dikuarantin serta masih menunggu keputusan lanjut.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan pada 15 Mac lalu, beliau sudah adakan pertemuan dengan pemimpin tabligh dan mereka memaklumkan kira-kira 85 orang hadir pada perhimpunan di Sulawesi itu.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan sekumpulan jemaah tabligh berada di dalam sebuah bot yang diiringi pasukan polis.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Rakyat Malaysia dipercayai sertai himpunan tabligh di Indonesia


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved