Mozilla merupakan antara pembangun pelayar web popular dipasaran hari ini yang menggunakan enjin tersendiri dan bukannya Chromium. Hari ini, mereka telah hadir dengan versi terbaru Firefox, iaitu Firefox 67 – dimana melaluinya Mozilla mengatakan ia beroperasi dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.
Firefox kini dikatakan beroperasi hampir 80% lebih pantas berbanding setahun yang lepas. Hal ini dijayakan dengan tidak memuatkan modul yang tidak diperlukan, selain pengoptimasian-pengoptimasian lain.
Mozilla turut mengatakan mereka akan mula menjedakan tab-tab yang tidak digunakan sekiranya memori pada komputer anda tinggal sedikit – sekaligus memastikan pengalaman pelayaran yang baik walaupun membuka pelbagai tab melaluinya.
Bagi anda yang menggunakan pelayar web Firefox, boleh mengemaskini pelayar web anda ke versi terbaru, dan menikmati pelbagai penambah-baikkan yang dibawakan olehnya hari ini.
Muat-Turun Firefox untuk desktop

