Kakitangan Khazanah positif COVID-19

2 Mar 2020 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Khazanah Nasional Berhad hari ini mengesahkan salah seorang kakitangannya dijangkiti wabak Covid-19 dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan kontak rapat kakitangan tersebut.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pekerja berkenaan masih menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Justeru, Khazanah sedang giat bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan dan pengurusan premis pejabatnya untuk mengambil langkah sewajarnya demi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan terjamin.

Ia termasuk membantu pihak berkuasa kesihatan mengenal pasti individu yang sudah berhubung dengan kakitangan berkenaan.

Katanya, Khazanah turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku ketika langkah pencegahan dilaksanakan.

Khazanah akan terus beroperasi dengan gangguan yang minimum.

Sementara itu, difahamkan pekerja Khazanah yang positif jangkitan COVID-19 antara empat kes baharu yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), semalam, menjadikan 29 kes dilaporkan setakat ini.

Pekerja Khazanah itu dipercayai kes ke-26 yang dikatakan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar pertengahan Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

Covid-19: Bekas menteri, timbalan kontak rapat Hisham


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved