Di dalam novel 1984, George Orwell menggambar dunia di mana kerajaan sentiasa memantau kehidupan rakyat. Setiap pergerakan dan pemikiran dipantau agar sentiasa serasi dengan pandangan kerajaan. Fiksyen ini telahpun menjadi realiti di China dengan kamera CCTV sentiasa mengikuti pergerakan jelata. Kesilapan yang dirakam akan menyebabkan kredit sosial dipotong mengakibatkan mereka dihalang dari keluar negara atau mendapatkan perumahan awam milik kerajaan.

Kamera ini besar kemungkinan akan meningkatkan lagi kemampuan pemantaun rakyat China oleh kerajaan. Di China terdapat ratusan juta kamera CCTV yang kini membuatkan mustahil untuk pergerakan tidak dijejak. Anggota polis di China telah mula menggunakan cermin mata pintar yang mengimbas wajah individu dan sekiranya mengesan mereka dikehendaki kerana jenayah, memudahkan proses penahanan.
