Stesen Kuarantin Sungai Lang dijangka terima pesakit PUS Covid-19 hari ini

30 Mar 2020 • 10:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SABAK BERNAM - Stesen Kuarantin di Institut Perakaunan Negara (IPN), Sungai Lang Sabak Bernam dijangka menerima pesakit di bawah pengawasan (PUS) akibat koronavirus (Covid-19) hari ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Pejabat Penerangan Sabak Bernam semalam memaklumkan, petugas stesen kuarantin sudah melakukan persiapan menerima pesakit berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan jumlah pesakit PUS yang dipindahkan dan berapa lama tempoh kuarantin di IPN Sungai Lang.

Sinar Harian sedang berusaha menghubungi pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved