Belanjawan 2020 – RM10 Juta Diperuntukkan Kepada MDEC Untuk Melatih Usahawan Mikro-Digital Di Media Sosial

TechnologyDigital
11 Oct 2019 • 5:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara pekerjaan yang tidak wujud sedekad yang lalu ialah usahawan digital yang menjana pendapatan sepenuhnya di atas talian. Kini ramai menggunakan media sosial sebagai platform perniagaan pilihan kerana ia mudah digunakan lengkap dengan sistem edagangnya sendiri.

image is not available
Untuk belanjawan 2020, kerajaan memperuntukkan RM10 juta kepada MDEC untuk melatih usahawan mikro-digital dan pakar teknologi bagi memanfaatkan platform edagang serta media sosial.

Pada waktu yang sama sumbangan sektor swasta dalam aktiviti tanggungjawab sosial digital akan turut diberikan potongan cukai bagi menggalakkan penglibatan mereka meningkatkan keupayaan tenaga kerja dengan kemahiran digital untuk masyarakat yang memerlukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved