Peguam Negara AS digesa letak jawatan

17 Feb 2020 • 10:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WASHINGTON - Lebih 1,000 pegawai Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) menandatangani kenyataan yang menggesa Peguam Negara, William Barr untuk meletak jawatan kerana campur tangan dalam hukuman terhadap bekas penasihat Presiden Donald Trump.

Kenyataan diedarkan semalam itu menuduh Trump dan Barr secara terbuka dan berulang kali melanggar pelaksanaan prinsip undang-undang yang adil dan tidak berat sebelah.

"Seseorang tidak boleh diberi layanan istimewa dalam pendakwaan jenayah hanya kerana mereka ialah sekutu politik rapat Presiden.

"Kerajaan yang menggunakan kuasa besar penguatkuasaan undang-undang untuk menghukum musuh dan menyelamatkan sekutu mereka bukan republik berperlembagaan, mereka adalah autokrasi," kata kenyataan tersebut.

Minggu lalu, pendakwa raya mencadangkan supaya Roger Stone dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hingga sembilan tahun selepas beliau disabitkan bersalah kerana menghalang penyiasatan Kongres berhubung campur tangan Rusia dalam pilihan raya dan berbohong kepada penyiasat.

Trump menyelar cadangan itu di Twitter sebagai sangat tidak adil dan ia membawa kepada penarikan semula usul tersebut oleh Barr beberapa jam kemudian dengan alasan melampau, berlebihan serta tidak seimbang.

Disebabkan bantahan yang semakin meningkat, Barr menegur Trump dalam satu temubual di televisyen pada Khamis dan menyatakan ciapan Presiden itu menyukarkan beliau untuk melaksanakan tugasnya.

"Tindakan dan kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap reputasi integriti serta kedaulatan undang-undang Jabatan Kehakiman memerlukan Barr untuk mengundurkan diri," menurut kenyataan bekas pegawai jabatan itu. - AFP


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved