Di Singapura anda hanya boleh merokok di kawasan terbuka yang telah diwartakan. Tetapi sesiapa yang berjalan berhampiran zon merokok ini akan masih terbau asap busuk yang dihembuskan. Ia juga mencemarkan udara dengan gas-gas yang beracun. Smoking Cabin SG telah dilancarkan di negara ini untuk menyelesaikan dua masalah yang kami senaraikan tadi.

Ia boleh mengumpul 3500 puntung rokok sebelum perlu dikosongkan. Untuk mengurangkan penggunaan kuasa, sistem penapis akan berhenti beroperasi selepas 15 minit apabila mengesan kabin kini kosong. Pembangun Smoking Cabin SG bercadang meletakkan 60 kabin merokok ini di seluruh Singapura menjelang penghujung 2019.


