Menjadi kebiasaan di pejabat, resit perlu diberikan kepada jabatan kewangan jika anda ingin melakukan tuntutan perbelanjaan. Kerana dunia kini semakin ke arah digital, gambar resit selalu memadai untuk digunakan sebagai bukti. Tetapi kerap kali imej resit yang diambil herot berot kerana tidak diambil dari sudut yang baik. Jika anda pengguna Google Photos, aplikasi kini menyokong fungsi menyunting dan memotong imej dokumen secara terbina.

Fungsi ini sama seperti yang diberikan pada Google PhotosScan cuma lebih mudah digunakan dan terbina terus dalam Photos. Selepas ini proses mengambil imej resit, dokumen penting dan passport akan dapat dilakukan tanpa masalah ia kelihatan senget.
