Kerajaan serius tangani isu kemiskinan pesawah

11 Jun 2019 • 2:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Isu kemiskinan dalam kalangan pesawah dan jaminan makanan menjadi perhatian utama kerajaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam kalangan penanam padi adalah kerana mereka terlalu bergantung kepada subsidi serta tidak efisien dalam menggunakan sepenuhnya pemegangan tanah mereka.

Kerajaan, kata beliau, telah memperuntukkan lebih RM1.8 bilion setahun untuk memberi subsidi kepada 200,000 pesawah dan perlu mengimport AS$60 bilion makanan setahun.

“Kita dah ada terima beberapa perkara yang menyebabkan mereka menjadi miskin. Yang pertama ialah mereka mempunyai pemegangan yang terlalu kecil untuk memberi perolehan pulangan yang baik.

“Yang keduanya mereka tidak efisien. Di atas tanah yang satu ekar boleh keluar lapan tan, mereka keluar cuma empat tan,” kata perdana menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di sini hari ini. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved