Komputer Riba Dengan Enam Virus Paling Berbahaya Dilelong Pada Harga Bermula RM5 Juta

27 May 2019 • 10:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemas kini sekuriti dan imbasan antivirus kami lakukan sekerap yang mungkin bagi memastikan ia selamat digunakan. Pelbagai virus yang berprofil tinggi telah mengakibatkan kerugian bernilai berbilion ringgit kerana mengakibatkan sistem gagal berfungsi. Tetapi jika anda ingin memiliki enam virus komputer paling berbahaya, ia kini boleh dibeli dengan harga lelongan bermula $1.2 Juta (~RM 5 juta).

image is not available
Virus ILOVEYOU, MyDoom, SoBig, WannaCry, DarkTequila dan BlackEnergy diletakkan di dalam sebuah komputer riba Samsung. Komputer riba ini sebenarnya adalah karya seni The Persistence of Chaos yang dihasilkan oleh artis Guo O Dong.

Komputer ini selamat digunakan asalkan ia tidak disambung kepada WiFi atau storan pemacu USB. Tujuan ia dihasilkan ialah bagi menunjukkan bahawa virus komputer yang tidak dapati dilihat tetapi masih boleh mendatangkan kerugian yang besar dalam kehidupan.