SKMM – Perbuatan Menggalakkan Pengguna Membunuh Diri Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Selama 20 Tahun

16 May 2019 • 2:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Minggu ini negara dikejutkan dengan kejadian seorang remaja membunuh diri di Sarawak selepas melakukan undian di Instagram. Sebanyak  69% responden menyuruh gadis berusia 16 tahun tersebut untuk membunuh diri dan beliau terjun dari sebuah bangunan. Insiden tragis ini mendapat liputan media luar negara dan menunjukkan bahaya media sosial ke atas insan yang mengalami tekanan jiwa.

image is not available
Pihak SKMM semalam mengeluarkan kenyataan adalah menjadi kesalahan untuk menyubahati perlakuan kesalahan membunuh diri oleh orang berumur kurang daripada 18 tahun. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan denda menurut Seksyen 305 Kanun Keseksaan. Pihak SKMM kini bersedia untuk memberikan batuan serta maklumat teknikal sekiranya diperlukan pihak polis untuk menyiasat insiden ini.

Mereka juga menyeru orang ramai untuk segera melaporkan sebarang insiden ingin membunuh diri kepada pihak polis bagi mengelakkan ia dari berlaku. Bagi mereka yang mengalami kemurungan, talian The Befriendsers boleh dihubungi bagi mendapatkan bantuan kaunseling dan emosi. Ini boleh dilakukan dengan menghantar e-mel sam@befrienders.org.my atau talian telefon 24 jam 03-7956 8145.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved