Isu Lapangan Terbang Taiping: MB Inc nafi serah kepada swasta

2 May 2019 • 10:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

IPOH - Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menafikan laporan sebuah portal mendakwa kerajaan negeri akan menyerahkan Lapangan Terbang Taiping kepada pemaju swasta bagi pembangunan bercampur.

MB Inc dalam satu kenyataan memaklumkan pentadbiran terdahulu telah meluluskan tanah seluas 10 hektar di tapak bersejarah Lapangan Terbang Taiping di Tekah kepada pengurusan MB Inc bagi tujuan pembangunan dengan kerjasama pemaju swasta.

"Cadangan pembangunan bercampur itu telah diluluskan secara prinsipal oleh pentadbiran terdahulu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan bertarikh 28 Mac 2018.

"Bagaimanapun, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah membatalkan kelulusan berkenaan pada 16 Januari 2019," katanya.

Tambahnya lagi, keputusan pembatalan berkenaan telah dimaklumkan kepada pengurusan baharu MB Inc oleh Pengarah Tanah dan Galian Perak melalui surat bertarikh 17 Januari 2019.

"Justeru, MB Inc ingin menjelaskan dakwaan syarikat ini akan menyerahkan tanah Lapangan Terbang Taiping kepada pemaju seperti yang dilaporkan adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Sebelum ini salah sebuah portal berita melaporkan penduduk Taiping bimbang bakal kehilangan lapangan terbang berkenaan gara-gara ia didakwa akan dipindahkan hak milik tanah kepada seorang pemaju tempatan bagi tujuan pembangunan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved