Anggota PGA diarah padamkan gambar kem

18 Apr 2019 • 2:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Semua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) diarahkan memadamkan gambar kem penempatan sementara dan kubur yang ditemui di Wang Kelian, Perlis, empat tahun lalu.

Komander Kompani Batalion B PGA Bidor, Perak Asisten Superintendan M Joeking berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Wan Hamzah Wan Kadir beberapa bulan selepas penemuan kem tersebut.

"Ia meliputi gambar yang ada dalam simpanan peribadi anggota, dan gambar seharusnya disimpan di 'based' sahaja," katanya.

Menurutnya, gambar tersebut diambil oleh sebahagian daripada 30 anggota yang menyertainya dalam operasi pemusnahan kem tersebut sehari selepas ia diserbu.

"Gambar itu dirakam menggunakan telefon bimbit tetapi saya tidak ingat siapa yang merakamnya," katanya yang merupakan saksi kelima pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan penempatan kem tersebut.

Prosiding berlangsung di hadapan tujuh panel RCI yang dipengerusikan oleh Tun Ariffin Zakaria.

Sebelum ini laporan akhbar mendedahkan penemuan 147 kubur, 130 rangka manusia di lokasi berkenaan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved