Kumpulan Naza sumbang RM1.25 juta kepada Tabung Covid-19

30 Mar 2020 • 6:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan menangani penularan wabak Covid-19 di seluruh negara, Kumpulan Naza menyumbangkan RM1.25 juta kepada Tabung Covid-19.

Cek sumbangan diserahkan Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

SM Nasarudin berkata, pihaknya berharap sumbangan Kumpulan Naza dapat membantu golongan yang terjejas daripada segi kewangan disebabkan kehilangan sumber pendapatan kesan pandemik Covid-19.

"Kami bersyukur dengan komitmen tanpa mementingkan diri yang ditunjukkan petugas perubatan, anggota polis dan tentera serta frontliner lain dalam membantu menguruskan keadaan ini dan menjaga keselamatan kita.

"Kumpulan Naza juga akan memikirkan secara aktif bagaimana untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguruskan krisis Covid-19.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersama-sama mengatasi masalah yang dihadapi dalam tempoh kritikal ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved