Kebakaran di Australia terus merebak

10 Jan 2020 • 9:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SYDNEY - Suhu tinggi dan angin kencang menyebabkan kebakaran terus merebak di seluruh tenggara Australia hari ini.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran kecemasan baharu selepas keadaan sejuk selama beberapa hari memberi sedikit kelegaan kepada komuniti yang terjejas.

Ribuan anggota bomba kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi kebakaran paling teruk dengan suhu dijangka melonjak lebih 40 darjah Celsius di beberapa bahagian di negeri New South Wales (NSW) dan Victoria.

"Keadaan hari ini sangat sukar. Suhu panas dan angin kencang sekali lagi akan menjadi cabaran sebenar.

"Kami bakal mendapat angin dengan kelajuan 35 hingga 50 km sejam dan kelajuannya akan meningkat sehingga 70 hingga 90km sejam di beberapa kawasan. Ia akan berlangsung sepanjang hari," kata Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW, Shane Fitzsimmons.

Sementara itu, Perdana Menteri NSW, Gladys Berejiklian berkata, lebih 130 kebakaran berlaku di negeri itu dengan hanya lebih 50 daripadanya dapat dikawal.

Di negeri jiran Victoria, amaran pemindahan dikeluarkan untuk beberapa kawasan berhampiran sempadan NSW berikutan kebakaran yang tidak terkawal. - AFP


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved