Lanjutan PKP beri ruang perangi Covid-19: KP Kesihatan

LocalPolitics
10 Apr 2020 • 5:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Pelanjutan dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memberi ruang kepada kerajaan untuk memerangi penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan situasi terkini wabak itu, didapati pelaksanaan PKP dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membendung penularan penyakit ini kepada satu tahap yang sedikit stabil.

"Ini adalah wajar, sepertimana yang disebut sendiri oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, iaitu tindakan agresif seperti melaksanakan PKP dapat memberi peluang kepada sesebuah negara untuk mengharungi jangkitan Covid-19," katanya.

AKAN MENYUSUL


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved