Xioami Mi 10 akan dilancarkan pada acara atas talian 13 Februari ini sebelum pelancaran globalnya pula di MWC Barcelona. Setakat ini pelbagai spekulasi mengenai rekaan dan spesifikasi telah kami laporkan di Amanz. Hari ini rekaan hadapan dan belakang peranti telah didedahkan oleh pihak Xiaomi sendiri menerusi poster rasmi.

Xiaomi Mi 10 dipercayai akan dilengkapi skrin sebesar 6.4″ FHD+, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 16GB, storan sehingga 512GB, kamera utama 108+48+12+8 MP dan bateri sebesar 5250 mAh. Ini menjadikannya antara peranti mercu dengan spesifikasi terbaik setakat ini. Untuk spesifikasi penuh kita hanya perlu menanti selama beberapa hari sahaja lagi.
